Wednesday, 26 October 2011

BANGLO HILANG


Satu ketika dulu cerita nie pernah digemparkan dengan misteri kehilangan rumah banglo hilang disekitar Masai, Johor. Korang pernah dengar tak cerita nie? akuw pernah kesana, tempat yang dikatakan banglonya hilang tu. Memang kawasan ada satu kawasan tu nampak agak luas tanpa sebarang rumah. Macam mana banglo tu hilang masih tidak diketahui. Wallahualam.


Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipon. Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cite berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah melanggar peraturan ilmu tersebut. Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat alam sana bersama orang-orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?

Versi ke dua pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.

Versi ke 3 lagi la macam haram. Banglo nie di katakan hilang pasal ada seorang sami buddha nie nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul-timbul. haram tak? nak jadi David Copperfield  tu pon agak-agak la.

Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat nie nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu mimpi yang sungguh misteri. Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate yang besar. Macam gate banglo. Di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak! Seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang nie pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu. Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?

apabila menggunakan google maps, nie lah hasilnya beberapa tahun yang lepas.

sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 8 Februari 2011

HILANG, gambar yang di ambil beberapa tahun yang lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yangg berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak rumah yang hilang.

Sebelah kiri, rumah yang mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah.  Kawasan kosong tu sekarang di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.
Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 dan 2003 dulu, tak de lah pagar secantik yang kita boleh tengok seperti gambar-gambar di atas nie. Dulu cuma pagar dawai yang kaler hijau tu je, siap nampak batu marmarnye lagi. Security kat kawasan tu memang ketat gila, pantang nampak kereta berhenti kompem di halaunya.

Persimpangan Desa Rahmat, Tampoi.

 Persimpangan Desa Rahmat, Tampoi. Di petik dari KOSMO!   JOHOR BAHRU - Imej misteri yang muncul dalam gambar telefon bimbit Nor Kharunisa Abd. Ghani mungkin ada kaitan dengan mangsa kemalangan maut di persimpangan Desa Rahmat di sini beberapa tahun lalu. Menurut peniaga restoran di kawasan berkenaan, Mohd. Firdaus Md. Said, 26, sejak berniaga enam tahun lalu, banyak kemalangan berlaku di simpang jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari restorannya itu. "Memang banyak kemalangan yang berlaku di sini malah ada juga yang mengakibatkan kematian. Mungkin roh mereka berkeliaran dan dirakam secara tak sengaja di dalam kamera pengunjung restoran saya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Kelmarin, Kosmo! melaporkan Nor Kharunisa, 24, terkejut melihat ada imej lain yang tidak disangka di dalam gambarnya yang didakwa seorang lelaki tidak berkaki ketika makan di restoran yang sama. Imej tersebut hanya disedari ketika kakak angkatnya, Noorfadilah Zulkarnaian, 33, memuat turun gambar dari telefon bimbit ke dalam komputer. Menurut Noorfadilah, semasa mengambil gambar Nor Kharunisa, dia tidak perasan apa-apa perkara misteri berlaku. "Malah saya ambil gambar tiga kali di tempat yang sama. Kali ketiga baru imej itu muncul, itu pun setelah saya cuba untuk muat turun ke komputer," jelasnya.     ATAS:NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.   JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka. Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya. "Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer. "Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori. Sementara itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil, Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya. 

JAMBATAN PERMAS JAYA

Jambatan Permas Jaya & Railway Plentong.. Kemalangan maut pasti terjadi tiap2 tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yg ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya..        Kawan aku sendiri pun pernah arwah di sini.. Ada la sorg cina mabuk ni, dia ingat jalan kat atas jambatan tu dua hala kot.. dia pun songsang lah.. terus berdentum.. Sungai di bawah jambatan ini menghala ke Plentong.. di kawasan berhampiran juga ada kes bunuh diri yang menyayat hati.. Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang.. Di pendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan kereta api kargo (dari plentong nk masok permas)..kt situ ade sorang brader berniaga burger smpai ke tgh malam..then datang seorang perempuan pakaian serba putih mengendong anak..dtg ke stall burger tu hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu.. then tgk pulak anak perempuan tu dlm kain yg dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut brader burger tu lari.. pagi esoknye baru dtg kemas stall ape sume.. tros dh x berniaga kt situ lagi.. pokok buluh tu pon dh kene tebang..org2 situ ckp perempuan tu mungkin roh yg mati bunuh diri tulah.. roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la.. aku xtau betul atau tidak.. aku pun cuma menulis je ni.. jgn percaya sgt ok... Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..  

MISTIK TEROWONG RAHSIA YANG MENGGABUNGKAN JOHOR DENGAN SINGAPURA

 Terowong Lama British di Tambak Johor.. Kredit utk blogger military of malaysia, pasal abg shahpaskal lah aku cari info mengenai kisah ini. Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura. Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar? Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowong berkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan. Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan? Ok, aku nak bawa korg ke alam misteri.. Ingat lagi tak Metro Ahad pernah keluarkan berita tergempar apabila 2 orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri? Bertarikh 14 November 2010. Tajuknya Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36 tahun. Dia dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Di fahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Kemana hilangnya ke semua tu? mayatnya pun di jumpai setelah beberapa hari.. Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, Lido Boulevard namanya. Pemahaman 'org2 lama' mcm biasa lah, mereka mengatakan itu semua adalah normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di tanjung sedeli kota tinggi juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak? Dan mereka juga kata Kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan TEROWONG LAMA BRITISH yg menghubungkan Singapura & Malaysia ini.. Tahukah anda, isteri mangsa siap tidur di tempat kejadian sementara nak tunggu org cari mayat arwah suaminya.. Takziah di ucapkan.. Sedekahkan Al-Fatihah.. Ini ada 2 video yg di sedut dari youtube berkenaan Terowong yg di katakan ini.. terowong rahsia 1 dan terowong rahsia 2 Pelik, mcm mana dia boleh terlepas masuk kat dlm terowong tu? tapi separuh jalan je pasal di pertengahan jln tu ada tanah tertimbus. Kalau nk ikutkan dgn video ni, negara kita masih selamat la, pasal dorg takleh nak tembus sempadan Johor dah.. Adakah video ini di buat2 oleh mat saleh berkenaan? Nasib baik hantu Jepun tak muncul dlm video tu.. Sebab dgr cerita terowong tu 'berpenghuni'.. Yang menghuninya pula bukan calang2 hantu! 

MISTERI SURAU DI MASAI

Lokasi Masai.. Tahukah korg bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak di gunakan? maka terjadilah tempat2 jin melepak.. Jangan di sangka rumah kosong yg di biarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh.. Surau sepi ini berdekatan dgn pekan Masai.. Surau tu di buat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma utk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz utk mengajar kuliah di surau berkenaan.. Yang aneh nya setiap kali mengikuti kuliah nya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yg di hadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa2 pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..  Ustaz ini amat daif kehidupan nya dari segi harta.Semua kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak murid nya. Dia tinggal dirumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kpd nya...dia telah kembali ke rahmutullah pada thn 1990an. Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..! Sebelum di robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu bahawa yg menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam..  

MAHMODIAH

Kisah ini tentang mahmodiah di Johor Bahru.....

Banyak-banyak kisah mistik, akuw rasa ini lah yang paling menyeramkan kot dan banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dengan kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi lah best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yangg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..

Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat-kerabat di Raja itu. 

Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan. Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah.

Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..

Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu.

Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus mengejar teksi berkenaan.

Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Mase perang Jepun dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dieorang berbaris yul tak tahu la. wallahualam.

Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.

Ingat, aku cuma nak bagitahu jangan terlalu percaya sangat. Nanti syirik pulak. Jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Jika apa yang di tulis di atas adalah mengenai korang, aku nak korang perbetulkan di mana silapnya. Tak kisahlah daripada tarikh atau segala bagai.. Apa-apa pun yang buruk itu datang daripada diri sendiri, kerana setiap manusia tak ubah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Cerita ini bukan rekaan semata-mata. Ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB. akul pasti, ada jugak yang tak tahu lagi pasal kisah-kisah nie. 

KEPALA ATAS KUBOR

Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.

Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...

Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr".

Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?

Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke 

Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.

"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.

Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.

Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!

Tuesday, 25 October 2011

KEMAYAN CITY

Masa mula pembinaan dulu, bangunan nie sangatlah gah dan penuh dengan segala kemudahan. Pada ketika tu kalau lah Kemayan City siap di bina, ianya merupakan salah satu shopping complex serba lengkap dan terbesar di JB. Sebab masa tu belum ada Angsana dan City Square kalau tak silap. Tapi sayang. Tiba-tiba pembinaannya terhenti dan terus terbengkalai sampai lah sekarang ini. Segala isi perut banggunan tu dibiarkan begitu sahaja di tepi Jalan Skudai.

Ceritanya bermula begini. Ada sorang warga daripada Kuala Lumpur nie pertama kali berkunjung ke JB. Daripada lebuhraya PLUS tu dia turun ikut EXIT SKUDAI. Dalam perjalanan ke bandar JB, dia ternampak 1 bangunan kelabu yg cantik. Dia pun singgah lah kat situ. Ya, nama tempat tu semestinya Kemayan City. Orang ni di katakan berbelanja dengan banyaknya kerana barang-barang disitu didapati sangat murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Dia memasukkan kesemua barang yang di shoppingnya ke dalam bonet kereta. Dan kemudian terus pergi meninggalkan tempat itu dan menginap di salah sebuah hotel disekitar JB.

Keesokkannya, dia check out daripada hotel dan berjumpa dengan kenalannya di Johor. Dia menceritakan kehebatan shopping complex yang mewah itu dengan barang yang terlalu murah. Tetapi dia di kejutkan kenalannya bahawa shopping complex yang di maksudkan itu tidak pernah beroperasi! Tak puas hati dengan rakannya itu, dia membuka bonet kereta dan! Penuh daun kering di dalam bonetnya itu! Dia tak puas hati dan mengajak rakannya ke shopping complex tersebut. Dan memang sah, ianya adalah sebuah bangunan yang kosong dan sudah lama terbengkalai.

Bayangkan, dengan siapa dia berkomunikasi semalam? Kemana perginya barang yang dibelanjannya? Yang ada di situ hanyalah sebuah bangunan terbengkalai dgn pokok meliputi banggunan.. Memang menyeramkan.. 

ni cerita yang di ceritakan oleh seorang saksi

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya.

Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,

VILLA NABILLA


Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie. Sebenarnya yul ada cerita menarik yang ingin dikongsikan kepada korang semua disebalik misteri rumah banglo tersebut. 


Menurut cerita apa yang yul tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yangg orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada  yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.


Ada beberapa budak penakut yang yul dengar cerita nie lagi lah best, takut punya pasal, dieorang pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas dieorang bersahur kat Singgah Selalu (depan danga bay) pukul 2 pagi, dieorang terus buat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba-tiba bumbung kereta dieorang kena ketuk. Lagi dasyat enjin kereta dia tak boleh nak hidup. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup dan mereka membatalkan hasrat untuk menjejak kan kaki ke dalam Villa Nabila tu.


Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak. Tapi yul masih tak berapa tahu sangat berita mengenainya.

Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini.